Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Nama Ucing Kadayan Sebenar Adalah


  Hi Blogger & Readers.Sudah seminggu Ucing kadayan the movie part 2 berada di youtube Lilyrayme.Tontonan Animasi ini adalah 2 ribu tontonan setakat ini dan akan meningkat dari hari ke hari.Walaupun mencecah ribuan tontonan akan tetapi agak kecewa juga kerana "Like " itu kurang meningkat sama seperti sebelum nya iaitu Animasi Ucing Kadayan The Movie Part 1.

  Kemungkinan setiap Orang ada citarasa masing masing dan kerana itulah ada yang suka dan ada yang tidak suka saya membuat animasi ini.Animasi ini memang baru di perkenalkan dan agak susah untuk di perkenalkan kepada orang ramai kerana scene Animasi ini belum ada yang memukau tontonan nya.Walau bagaimana pun Animasi ini tetap di teruskan kerana Animasi ini sudah ada dalam simpanan komputer Saya.

  Ok berbalik dengan Tajuk di atas.Nama Ucing kadayan sebenar nya adalah "Einstein" dan di panggil dengan nama pendek "Ein" dan setelah ianya menjadi seekor Kucing Jadian Tuan nya pun menamakan Ein kepada Ucing Kadayan kerana ianya kucing dan betutur Bahasa Kedayan.

  Kepada Blogger & Readers yang belum menonton Ucing Kadayan The Movie part 2 Baju Spisil sila Tonton dan jangan lupa tekan "Like" ,share pada media social Anda.Terima kasih (^_^).

* Anda mempunyai Kucing.? kalau ada apa nama kucing Anda itu.? Sila tinggalkan nama kucing Anda di bawah komen ini.




Ucing Kadayan TM Part 2 Baju Spisil Live On Youtube


  Hi Blogger & Readers.Apa khabar semua.? Semoga semuanya sihat sihat belaka dan di permudahkan segala urusan Anda.Pada hari sabtu pagi 17-2-2018 (Asia time) Saya telah pun mengupload Animasi ucing kadayan the movie part 2 yang berjudul Baju Spisil di channel youtube Lilyrayme.

  Animasi ini ada sambungan Ucing kadayan the movie part 1 yang berjudul kabak kabak.Baju Spisil adalah judul Ucing kadayan the movie part 2 yang bermaksud Baju istimewa.Animasi ini berdurasi pendek hanya 5:06 minit saja dan ianya adalah Animasi komedi dan Aksi .Cerita ini mengisahkan pemberian baju daripada tuanya kepada kucing nya yang  bernama "ein" sambil menukar nama "ein" ke "Ucing kadayan".

  Dalam gambar di atas adalah imaginasi dari Ucing kadayan kerana ianya suka baju berunsurkan Superhero,akan tetapi apa kah yang sebenarnya Baju istimewa itu.? Mari kita saksikan bersama sama Animasi ini Ucing kadayan The Movie Part 2 Baju Spisil.Di harap Animasi ini menghiburkan Anda walaupun and tidak tertawa tersenyum pun jadilah.

* Setelah Anda tonton tolong Like dan Share pada media social Anda.(^_^)

Trailer Ucing Kadayan Part 2 Sudah Upload


  Hi Blogger & Readers.Semalam Saya sudah upload Trailer Ucing Kadayan The Movie Part 2 berjudul Baju Spisil. di youtube Lilyrayme.Trailer ini berdurasi pendek dan Saya mengulangi animasi ini dua kali supaya Anda tidak payah replay lagi,tapi kalau Anda nak replay juga boleh saja lagi baik.

  Animasi ini menceritakan apa yang akan di pakai oleh Ucing kadayan kerana ianya mempunyai Sakti.seperti Superhero mereka ada Super power tersendiri dan mempunyai pakaian masing masing.Ucing kadayan memang suka berpakaian seperti Superhero.Nantikan apa yang Tuan nya akan bagi untuk pakaian Ucing kadayan.

 kepada Blogger & Readers Anda boleh saksikan Trailer ucing kadayan the movie part 2 berjudul Baju Spisil bermaksud Baju istimewa untuk Ucing kadayan.Sila Like dan Share ke media social Anda.

* Ucing Kadayan The Movie Part 2 Trailer Baju Spisil

Membuat Sambungan Animasi Ucing Kadayan Baju Spisil


  Hi Blogger & Readers.Hi lama sudah tidak saya membuat entri untuk Blog ini agak sepi rasanya.Kebelakangan ini Saya agak sibuk dengan urusan kerja dan di samping itu Saya berhempas pulas untuk menyiapkan sambungan Animasi Ucing kadayan The Movie Part 2 pula.

  Alhamdulilah dalam beberapa hari saja lagi Animasi ucing kadayan the movie part 2 akan Saya upload di Youtube pada hari sabtu 17-2-2018 tertakluk dalam keadaan masa Insa Allah.Tajuk Animasi kali ini ialah "Baju Spisil" iaitu Baju Istimewa untuk Ucing kadayan tersebut dari Tuan nya yang bernama Zul.

  Sebelum Saya upload Saya kan membuat perubahan sedikit memastikan Animasi tersebut dapat di lihat dengan sempurna.Sekarang ini Trailer Ucing kadayan the movie baju spisil mula Saya share melalui whatsapp dan nanti Saya akan upload ke Youtube pula.

  Harapan tontonan Animasi kali ini biar melonjak drastik hehe..(^_^) Insa Allah mungkin tercapai jika para Blogger dan Readers sama sama kongsikan Animasi tersebut melalui Lama Social maklum lah Saya buat free je..kepada yang baru datang ke Blog Ucingkan kadayan sila Follow dan Subscribe youtube LilyRayme ya.