Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Ucing Kadayan Beraya 2015

 Hi Masih Ada Raya Mood.? Maklum lah masih bulan Syawal.Hari ini saya telah siap menghasilkan animasi Ucing Kadayan Beraya 2015.Animasi menceritakan ucing kadayan akan beraya kerumah kawan Zul.

    Dengan itu ucing kadayan pun berhias sakan sebelum bertolak ber Hari Raya sehingga membawa tekiding ( semacam Beg) untuk orang memberi duit sedekah kepadanya.Akan tetapi Sesuatu yang agak sedih ...Mengapa.? Saksikan Animasi Ucing Kadayan Beraya 2015 di youtube nanti saya upload ok.

Saksikan Ucing Kadayan Beraya 2015.

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri

  Hi Saudara ku Sempena Hari Raya 2015 .Saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua umat islam sedunia dan para pembaca Blog ini.Di atas adalah gambar animasi hasil dari saya pada hari raya tahun 2014.

 Animasi nya adalah memberi ucapan Selamat Hari Raya dan sedikit masalah elektrik yang bermaksud jangan berlebihan mengunakan eletrik dan apabila keluar rumah untuk menziarahi senak keluarga pastikan semua keadaan rumah dalam keadaan selamat.Animasinya ada sedekit masalah background sound kerana saya mengunakan kopiright,jadi sound backgroundnya telah pun diblok,tidak mengapa.

 Akhir sekali Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ..Sesiapa yang ingin mengucapakan Selamat Hari Raya sila komen sini.Terima Kasih.


Selamat Hari Raya uk

Selamat Hari Raya uk

  Hi Sahabat ku.kelamarin saya membuat animasi Selamat Hari Raya iaitu Suspen Raya uk.Animasi nya agak pendek untuk hiburan semata-mata.Mungkin anda tidak faham apa yang di ucapkan kerana bahasanya adalah bahasa kedayan.

 Animasi ini menceritakan.ucing kadayan menyanyi lagu selamat hari raya,akan tetapi Puasa baru bermula sehari dan membuat muka suspen.Mari lihat video animasi yang saya buat melalui youtube atau di"Mari Tengok Hasil Animasi Saya " di Blog ini.

Animasi Orang


Animasi Orang

  Hi Salam Ramadan.Kali ini saya membuat animasi orang ramai untuk memeriahkan lagi movie ucing kadayan.Sedikit demi sedikit pembuatan orang dengan lain-lain bentuk seperti kanak-kanak,dewasa dan ibu bapa agak mencabar.

 Saya membuat Orang ramai ini kerana saya belum ada idea untuk melanjutkan cerita ucing kadayan.Bagi saya yang penting pembuatan animasi ini bergerak dengan amannya dan di situ lah nanti idea akan datang insa allah.