Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Cara Meningkatkan Blog Dengan Search keywords


  Hi Blogger & Readers.Kali ini Saya buat Tips Blogger mengenai Keywords.Setiap kali Saya masuk blogger pasti Saya akan cek Statistik terlebih dahulu.ini kerana Saya ingin mengetahui peningkatkan post blog dan dari mana Asal Trafik itu ke Blog Saya.

  Mengikut gambar di atas kebanyak keywords pada bulan ini adalah keywords Azam Baru di Blog Saya.Maklumlah Awal tahun baru masih mencari azam yang sesuai untuk mereka.Saya ada membuat Entri mengenai "Apa Azam Baru Tahun 2017 Anda" dan ianya menjadi post popular di Blog Uk.

  Keywords adalah penting untuk para Blogger  meningkatkan Trafik pengunjung melalui Organic search engine seperti Yahoo.com,google.com.msn.com dan bing.com.Mengikut kajian Saya lah (^_^) Tajuk atau Title post mestilah Menarik untuk perhatian kepada pembaca dan yang penting kena kasi Labels sebanyak mungkin mengikut tajuk tersebut.

  Mengikut gambar di atas lagi semua keywords itu adalah dari hasil pencari yang menaip di google.com jadi setiap yang mereka taip akan terpapar di Search keywords di bahagian Traffic sources blogger.Post "Apa Azam Baru Tahun 2017 Anda" yang terdahulu Saya kasi labels "mengenai azam" jadi bot google akan mencari keywords yang sesuai untuk menjadikan Blog Saya tepat melalui keywords tersebut.

Pencari yang menaip keyword "Azam baru " adalah :

azam tahun baru 2017
apa kah azam anda di tahun 2017   
ayat azam baru 2017   
azam 2017 bersama bakal isteri   (^_^)
azam 2017 murid istimewa   
azam baru 2017
azam saya untuk tahun 2017
azam sya memasuki thn baru 2017

Nah kepada yang membuat keyword ini sebagai Tajuk boleh lah buat satu persatu kalau rajin hehehe (^_^) semoga Tips blogger kali ini menambahkan ilmu untuk blogger.yeaa..Selamat tahun baru 2017 Cina pula.

Please Share This * Tonton Stickman Mechanic Vs Evil Stickman.

Cara Kurangkan Gula Dalam Darah Dengan

Infomasi berguna :

Amalkan minuman ini..Saya try dah 5 hari..ini pun Saya tengok kat group sebelah..Jadi Saya pun mencuba.walaupun Saya tidak ada Kencing Manis.tapi tak salah mencuba dan mengamalkan.

* Rendam Bendi dalam 2 ke 3 biji dengan air suam,belah hujung bendi tu ya,rendam malam ,pagi minum.*

Insa Allah boleh kurangkan Gula dalam darah.

Selamat mencuba Sumber dari whatsapp.

# Kongsi kan pada rakan media Social Anda * Tonton Stickman Mechanic Vs Evil Stickman.

Wordless Wednesday Uk#42 Ya Allah Jika Rezekiku

" Ya Allah,

Jika rezekiku di langit
turunkanlah ia

Jika rezekiku di bumi.
keluarkanlah ia

Jika rezekiku lambat
percepatkanlah ia

Jika rezekiku sedikit
perbanyakanlah ia

Jika rezekiku sukar
permudahkanlah ia

Jika rezekiku haram
sucikanlah ia "

*Sumber dari whatsapp.*Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

Youtube Subscribe Ucing Cecah 5K Dan Meningkat

Youtube Subscribe Ucing Cecah 5K Dan Meningkat

  Hi Blogger & Readers.Wooww...Tak sedar Saya rupanya Youtube Subscribe Ucing dah cecah 5k dan meningkat.Alhamdulilah tercapai juga sampai 5k Subscribe.Hi tahun baru ini tak banyak Saya buat untuk meneruskan projek Saya ini.kebiasaan tahun yang lepas lepas agak berkobar kobar untuk menghasilkan Animasi ini.

  Mmm tak tahu lah mungkin awal tahun nak bersenang senang dulu tunggu idea dan semangat Saya datang lagi.Ya Animasi projek itu masih Saya buat akan tetapi sedikit sahaja yang Saya buat kerana kesibukan dan keletihan punca idea Saya tengelam.Sejak kebelakangan ini Saya kurang buat Entri untuk Blog ini kerana ingin menumpukan dan mencari Background Musik yang sesuai untuk Ucing kadayan the movie.

  Sambil mencari Musik background saya singgah ke blogger lain yang ada update Entri mereka.Melihat Blogger lain pun seronok juga kerana saya ingin tahu perkembangan mereka melalui Blog.Nah itu sahaja yang saya lakukan setakat ini (^_^).hehe..

  Kepada Blogger yang belum Subscribe Youtube Ucing, boleh lah tekan Subscribe Button atas tu .mudah je semudah ABC dan tak sampai Seminit pun.Anda boleh lihat karya Animasi Saya dalam Youtube tersebut kerana kesemua Animasi Saya upload disana dan Free tengok pula tu (>.<).jangan lupa Share pada Rakan Media Social ya.

* Imbas kembali Animasi Kegemilangan Saya,Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

Wordless Wednesday Uk#41 Hadiah Terbaik Untuk Ayah

Apa Hadiah terbaik buat seorang Ayah.?

"Jaga Solat dan tutuplah Aurat dengan sempurna,Jangan heret Ayah ke Neraka.Kesian kat Ayah."

*Sumber dari whatsapp & *Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

The Best Epic Compilation Ms Paint Animations


  Hi Blogger & Readers.Kali ini Saya imbas kembali kehebatan yang di Anugerahkan kepada Saya melalui Animasi Ms Paint.Hanya tinggal Empat Animasi sahaja yang Saya simpan di dalam Youtube kerana sebelum ini ada banyak lagi Saya buat Animasi ini dengan mengunakan Ms Paint.

  Saya masih ingat Animasi yang Saya buat seperti Mirc (chatting),windows,Wrestle mania,The Fast,smoking,chicken alive dan Turbo semua nya Saya buat mengunakan Ms Paint.Masa itu Animasi saya agak popular melalui email sebelum adanya Youtube.Saya agak terkilan juga kesemua Animasi itu hilang begitu saja maklum lah masa itu tidak ada hardisk atau pendrive hanya diskette,mana boleh save Animasi itu kerana Saiz nya begitu besar untuk diskette.

  Sejak ada Youtube Saya mula kembali membuat Animasi Ms Paint ini dan komen komen adalah Positif sehingga ada yang komen untuk mengubah Animasi ini ke Flash .Dari situ lah Saya mula berjinak jinak untuk mengunakan Flash.Alhamdulilah sekarang sudah pun pandai mengunakannya dan Saya membuktikan Animasi Flash di Youtube Saya.

  Gambar di atas adalah Empat Animasi Ms Paint yang masih tinggal di Youtube.kali ini ke Empat Animasi itu Saya satukan untuk Tontonan kepada Anda.Sila Like ,Share dan Subscribe Youtube Lilyrayme.(youtube ucing) (^_^).

*Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

Segmen Bloglist 2017 itsmelyya.blogspot.my

Hi Ucing Join Segmen ini dan Paling menarik, semua yang komen akan dimasukkan ke dalam bloglist.(^_^).
TARIKH TAMAT

4 JANUARI 2017